Skip to main content

APA YANG SAYA PERLU SEDIAKAN UNTUK BINA RUMAH


Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pantai Timur.

Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang kebanyakkan kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal yang rumit. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Kalau diikutkan dari segi kos pula; bina rumah atas tanah sendiri ini memang lebih jimat (banyak jimatnya) berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap.

Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang pembinaan rumah sendiri sehingga habis wang poket ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga melebihi kos yang sebenar. Buktinya lihat berapa banyak rumah yang terbengkalai kerana pengurusan wang yang tak mahir (Selain kontrator yang tak bertanggungjawab buat lari duit). >> Artikel rumah terbengkalai

Oleh yang demikian, di harap maklumat di bawah membantu dan mudah difahami.

#1 Geran Tanah Atas Nama Anda
Geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilik-nya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau nama pasangan anda, jika ( suami dan isteri ).

Sekarang ada berbagai versi pemilikan tanah, ada yang Geran Individu ada yang Geran Bersama atau lebih popular di panggil geran kongsi. Selain daripada itu, semak kategori/kegunaan tanah contohnya, pertanian/bangunan kediaman/bangunan komersial.

Jika kategorinya adalah pertanian, terserah kepada anda untuk menukar syarat atau tidak, kerana apa jua perubahan yang anda lakukan pasti akan melibatkan KOS dan pelbagai syarat yang perlu di penuhi, tak semua tapak-tapak tanah lot yang diberi memenuhi syarat untuk kita ubah kategori pemilikannya.

Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman binaan rumah.

#2 Keadaan Tanah Yang Sesuai
Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah tersebut sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah lembah/rendah atau tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dahulu. Kalau tanah tu jenis tanah lembah/rendah, anda perlu tambun dahulu.

Kos menambun tanah ni boleh dimasukkan sekali dalam bajet bina rumah dengan syarat ianya ditulis dalam perjanjian dengan kontraktor, baru bank atau kerajaan akan kira kos tersebut. Tempoh waktu menambun tanah juga perlu diberi perhatian untuk memastikan tanah cukup mendap dan tak tenggelam yang menyebabkan dinding rumah retak kelak.

#3 Pelan Rumah / Pelan Lantai
Bab ni menuntut anda supaya jadi pelukis handalan. Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak pelan susun atur yang berkenan dihati pun jadilah.

Lazimnya, arkitek/pelukis pelan akan bagi beberapa ‘sample’ sebagai rujukan anda. Pelan tanah memainkan peranan penting dalam keluasan dan pelan susun atur rumah anda, mintalah pandangan daripada arkitek/pelukis pelan.

Tapi harus diingatkan jika anda meminta arkitek atau pelukis pelan menyiapkan pelan rumah anda, maka bersedialah dengan KOS perkhidmatan mereka, ada lebih baik jika anda berbincang dengan soal harga DAHULU kemudian baru minta perkhidmatan mereka, tapi jika anda dah tahu lukis pelan lantai sendiri, maka buatlah.

Anda juga perlu pandai memilih dan mereka bentuk pelan susun atur rumah anda agar pelan tersebut memberi keselesaan kepada anda dan memudahkan untuk anda membuat tambahan struktur rumah pada masa depan, kalaulah keadaan memerlukan.

Kalau susah-susah sangat anda boleh buat carian di internet, taip je pelan lantai, bermacam-macam design ada. Banyak idea yang akan diperoleh nanti.

#4 Bajet Kewangan Yang Cukup
Perlu ambil perhatian bahawa bajet kewangan akan menentukan keluasan, rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/ pelukis dan pelan/ kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah.

Kos penyediaan pelan lakaran rumah, bayaran kepada badan berkanun sehingga kelulusan pelan diperolehi dan bayaran untuk mendapatkan Certificate of Fitness (CF) anda perlu tanggung sendiri.

Ditambah pula apabila anda bina rumah anda menggunakan pinjaman bank atau kerajaan, anda perlu lantik peguam untuk urus penyediaan dokumen pinjaman. Dapatkan nasihat daripada arkitek/ pelukis, pelan/ kontraktor, peguam tentang anggaran bajet kewangan rumah idaman anda.

Tapi jika anda memilih untuk membina rumah berkonsep binaan di atas tanah kampung (tanpa documen lengkap), sebenarnya lagi menjimatkan, banyak kos-kos lain boleh dikurangkan tetapi pastikan binaan mengikut piawaian keselamatan (WAJIB!) dan pelan tapak bersesuaian dengan kehendak anda, tapi lepas rumah siap jangan lah pulak mintak CF pula sebab untuk dapat CF dokumen kena lengkap.

#5 Spesifikasi Yang Baik
Apa itu spesifikasi? Spesifiksai adalah bahan-bahan yang akan digunakan dalam membina rumah, contohnya penggunaan batu-bata samada bata simen atau bata merah untuk dinding rumah, rangka pintu dan tingkap samada kayu atau besi aluminum, kemasan lantai samada simen konkrit atau jubin seramik dan lain-lain.

Spesifikasi atau standard bahan binaan yang elok akan memain peranan yang cukup besar dalam kos pembinaan rumah. Sebab itu ramai yang terpedaya dengan kontraktor-kontraktor terdesak di luar sana. Selalunya tuan rumah terpedaya dengan janji-janji manis mu dengan harga kos yang sangat murah di pasaran, contoh macam Dato BELON , boleh bina rumah banglo bersaiz 1500 sq.ft dengan nilai tidak masuk akal – hanya RM50 ribu sahaja!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan) 2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang ki

JENIS-JENIS TABLE TOP (PERMUKAAN KITCHEN KABINET)

1. Table Top Tiles Tiles untuk table top memang cukup popular dan banyak dibuat di Selangor dan Malaysia amnya. Kombinasi antara konkrit dan tiles memang cantik, lebih2 lagi kalau guna tiles 2×2. Tak perlu risau akan bucu yang tajam di setiap sudut sebab kami akan kemaskan menggunakan mesin supaya bucu tumpul dan tak mencederakan anda kelak. Ruang atau gap antara tiles juga harus di beri perhatian dan kami pastikan pemasangannya kemas supaya tak ada la bendasing masuk ke lubang itu meyebabkan table top anda senang kotor. Ramai orang menggunakan tiles sebagai table top keranaya ianya murah, cepat dan punyai banyak pilihan warna. Kami sarankan anda menggunakan tiles yang tebal dan berkualiti supaya ianya tidak mudah pecah dan rosak. Kalau juga yang nipis dan murah memang tak tahan lama dan mudah terkopil. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga ya