Skip to main content

Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor


Seperti yang anda semua ketahui, EZTakaful kini melancarkan Program Sehati Sejiwa di mana sumbangan sebanyak RM1,000 tunai akan kami berikan kepada badan kebajikan yang sebaik sahaja mencapai tambahan 1,000 likes di Laman Facebook EZTakaful. Badan kebajikan yang terpilih kali ini adalah Pertubuhan Pendidikan Anak – Anak Yatim Selangor, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pertubuhan ini.

Sejarah Penubuhan
Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor atas rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim. Dan atas jasa Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris dan isteri Y.Bhg Datin Salmah Suleiman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan sebidang tanah di Mukim Hulu Kelang seluas 4.8 ekar dan Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris juga telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan ini untuk memastikan kejayaan projek ini.

Pada peringkat awal, pengambilan anak-anak yatim telah mula dibuat pada tahun 1976 iaitu seramai 26 orang yang terdiri daripada 13 lelaki dan 13 perempuan yang berumur antara 6 hingga 12 tahun. RBHK telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 5 Mac 1977. Dari tahun ke setahun jumlah anak-anak yatim telah bertambah dan sehingga kini pada tahun 2013, Rumah Bakti telah dihuni oleh seramai 83 orang anak yatim yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun.

Pada 2 Mac 1982 dua buah blok asrama 2 tingkat yang baru telah siap dibina. Kedua blok asrama tersebut bernilai  RM600,000.00 dan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan hasil derma orang ramai. Sebuah surau juga telah dibina pada  tahun 1984. Pada  tahun 2009 sebuah surau baru telah dibina bagi menggantikan surau lama. Surau baru ini telah disumbangkan oleh Y.Bhg Datin Salmah Sulaiman, isteri Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris. RBHK telah mendapat perpustakaan baru pada tahun 1989.  Perpustakaan ini  menjadi Pusat Sumber pada tahun 1997. Oleh kerana RBHK telah mendapat surau baru, maka surau lama yang dibina  pada 1984 itu diubah suai menjadi Pusat Sumber yang baru. Pusat Sumber ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, perpustakaan dan bilik  komputer.

Sebagai mengenang jasa Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris ahli-ahli Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor telah bersetuju menukarkan nama Rumah Bakti Hulu Kelang (RBHK) kepada Rumah Bakti Dato’ Harun (RBDH) beserta dengan itu perubahan lambang Rumah Bakti  turut diubah dan diluluskan pindaannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 29 Julai 2011.

Terkini
Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor kini menempatkan lebih kurang 65 anak-anak yatim. Terdapat lebih 20 anak-anak yatim bekas penghuni rumah ini telah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Menurut Pengurus, Encik Ishak Osman, rumah ini mampu menampung sehingga 120 anak-anak yatim and mereka amat mengalu-alukan pendaftaran baru anak-anak yatim untuk mengisi kekosongan itu. Syarat-syarat pendaftaran adalah warganegara Malaysia, berusia 7 hingga 14 tahun, sihat tubuh badan, anak-anak yang kematian kedua ibu bapa atau kematian bapa dan dari keluarga miskin dan tidak mempunyai waris terdekat.

Sumbangan
Sebagai badan sukarela, punca kewangan Pertubuhan ini adalah tidak menentu. Sebahagian besar sumber pendapatan RBDH adalah bergantung kepada:

– Sumbangan daripada orang perseorangan dan badan-badan korporat

– Bantuan Kerajaan Pusat lebih kurang 20% (setahun) daripada jumlah keseluruhan ke atas anak-anak yatim. Sumbangan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). (Pada tahun 2015 jumlah yang diberi ialah RM 95,000.00)

– Kekurangan pendapatan dari perbelanjaan ditampung daripada wang simpanan atau lebihan yang diperolehi semasa sumbangan orang ramai pada bulan Ramadhan.

Melalui temuraramah Kak Long bersama Encik Ishak, pendaftaran anak yatim dan sumbangan ini telah menurun dengan agak drastik- berkemungkinan disebabkan oleh kewujudan banyak rumah-rumah anak yatim di sekitar Lembah Kelang.

Selain menampung keperluan makanan dan pakaian anak-anak yatim yang menghuni tempat ini, ia juga digunakan untuk pembayaran bil air & elektrik, penyelenggaraan kenderaan, elaun mengajar guru agama dan tuisyen, gaji pekerja, wang saku sekolah dan lain-lain lagi.

Pendapatan dan perbelanjaan RBDH diaudit oleh Juruaudit yang bertauliah dan laporan audit akan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan) 2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang ki...

JENIS-JENIS TABLE TOP (PERMUKAAN KITCHEN KABINET)

1. Table Top Tiles Tiles untuk table top memang cukup popular dan banyak dibuat di Selangor dan Malaysia amnya. Kombinasi antara konkrit dan tiles memang cantik, lebih2 lagi kalau guna tiles 2×2. Tak perlu risau akan bucu yang tajam di setiap sudut sebab kami akan kemaskan menggunakan mesin supaya bucu tumpul dan tak mencederakan anda kelak. Ruang atau gap antara tiles juga harus di beri perhatian dan kami pastikan pemasangannya kemas supaya tak ada la bendasing masuk ke lubang itu meyebabkan table top anda senang kotor. Ramai orang menggunakan tiles sebagai table top keranaya ianya murah, cepat dan punyai banyak pilihan warna. Kami sarankan anda menggunakan tiles yang tebal dan berkualiti supaya ianya tidak mudah pecah dan rosak. Kalau juga yang nipis dan murah memang tak tahan lama dan mudah terkopil. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga ya...

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) ~ Permohonan Terbuka Seluruh Negeri 2019

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong Terkini hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah. Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah: Nama Majikan: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara Tarikh Tutup Permohonan: 22 Ogos 2019 Maklumat Jawatan Kosong: Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan. Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut: AHLI MUZIK PELBAGAI GRED Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapk...