Skip to main content

Posts

Showing posts from May 5, 2019

7 TIPS DAN CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI TANPA KONTRAKTOR

1. Geran Tanah Rumah Milik Anda Mula-mula sekali pastikan geran tanah kat mana anda nak bina rumah tu sudah pun ditukar milik kepada nama anda jika tanah tersebut tanah pusaka atau tanah yang anda beli sendiri. 2. Upah Arkitek Yang Kreatif Upah arkitek yang boleh dipercayai untuk merekabentuk rumah idaman anda. Pastikan berlaku komunikasi 2 hala yang baik antara anda dan pihak arkitek. Jelaskan kepada arkitek secara terperinci apa yang anda mahukan untuk rumah idaman anda itu nanti. Antara perkara biasa yang perlu diperhatikan ialah :- Jumlah bilik dan tandas, kedudukan setiap ruang contohnya kat mana master bedroom, kat mana nak letak dapur, kat mana nak letak ruang tamu 1, ruang tamu 2 dan juga keluasan setiap ruang juga perlu diambil kira. Jenis atap yang anda inginkan. Minta arkitek cadangkan beberapa jenis atap yang ada di pasaran. Pastikan juga arkitek merekabentuk atap yang cantik, mengikut trend perumahan masa kini dan paling utama dapat menghalang air hujan dan pa...

APA YANG SAYA PERLU SEDIAKAN UNTUK BINA RUMAH

Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pantai Timur. Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang kebanyakkan kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal yang rumit. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Kalau diikutkan dari segi kos pula; bina rumah atas tanah sendiri ini memang lebih jimat (banyak jimatnya) berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang pembinaan rumah sendiri sehingga habis wang poket ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga melebihi kos yang sebenar. Buktinya lihat berapa banyak rumah yang terbengkalai kerana pengurusan wang yang tak mahir (Selain kontrator yang tak bertanggungjawab buat lari duit). >> Artikel rumah terbengkalai Oleh yang demikian, di harap maklumat di bawah membantu dan mudah difahami. #1 Geran Tanah Atas Nama Anda Geran ama...

Pelancaran Oppo A5s Yang Gemilang Di India

Telefon pintar terbaru Oppo iaitu model A5s telah dilancarkan secara rasmi di India. Telefon pintar oppo ini merupakan telefon pintar pertama dari China yang menyasarkan pengguna India sebagai sasaran utama dengan harga sangat berpatutan. Kedatangan telefon pintar oppo A5s ini bakal memberi persaingan sihat dalam segmen kelasnya seperti Xiaomi Redmi Note 7, Samsung Galaxy A10, Realmu 3 dan lain-lain model. Model oppo A5s ini tampil dengan beberapa fungsi terbaru yang sangat menarik dengan paparan screen lakaran air serta panel belakang yang mempunyai cermin bertekstur. Apa yang menjadi perhatian ramai semasa pelancaran kerana harga yang ditawarkan untuk pasaran di India adalah serendah Rs 10K iaitu anggaran dalam Rm 595.00 sahaja, harga yang sangat berbaloi dengan teknologi yang ditawarkan oleh oppo. Hardware dan Software Oppo A5s Oppo A5s ini menawarkan paparan screen LCD dengan berukuran 6.2 inci yang dilengkapi resolusi HD 720x1520 pixel sangat cukup untuk semua variasi...

Basic Cara Membina Rumah Sendiri Yang Anda Perlu Tahu

Dalam artikel ini, kami akan bahagikan kepada 6 bahagian. Setiap bahagian akan menceritakan detail proses yang terlibat. Di harap pengkongsian ini bermanfaat dan dapat bantu ramai orang seterunya memudahkan urusan anda untuk membina rumah idaman. 🙂 *Artikel ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Bahagian 1: 5 Langkah Mudah Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Yang Perlu Anda Tahu Bahagian 2: Apa Perkara Penting Saya Perlu Tahu Untuk Bina Rumah Bahagian 3: Kos Untuk Bina Rumah Sendiri Bahagian 4: Contoh Specifikasi Standard Bina Rumah Bahagian 5: 7 Tips Dan Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tanpa Kontraktor Bahagian 6: Bonus Bonus Bonus – Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bahagian 1: 5 LANGKAH MUDAH CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI 1. Sediakan pelan rumah berupa pelan lantai, 3D dan detail lengkap untuk dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memohon kelulusan bina rumah. Ada ramai pelukis pelan bertauliah yang ada menyediakan pelan rumah. Di sinilah a...

BERAPA KOS UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Bagi anda yang tiada ilmu kejuruteraan civil atau seni bina rumah maka kami syorkan anda menggunakan kaedah ini. Pertama sekali, anda mesti mengetahui terlebih dahulu saiz atau keluasan rumah yang akan anda bina, berapa tingkat, 1 tingkat atau 2 tingkat atau 3 tingkat ? Sebaik sahaja anda menetapkan saiz rumah yang akan dibina, kemudian darabkan dengan harga membina sebuah rumah per kaki persegi. Contoh Jika anda membina sebuah rumah bungalow 2 tingkat dengan saiz : Luas Ruang Tingkat Bawah = 2,000 kaki persegi Luas Tingkat Atas = 1,000 kaki persegi Contoh Kadar Harga Barang Termasuk Upah Kontaktor Tingkat Bawah RM 120/kaki persegi Tingkat Atas RM130/kaki persegi Harga kos menyediakan pelan termasuk submition RM1.20 / kaki luas Contoh Pengiraan Ringkas Kos Membina Rumah : Keluasan rumah 2,000 kp + 1,000 kp = 3,000 kp Harga menyediakan pelan 3,000 kp x RM1.20 sekaki luas = RM3,600 Harga membina rumah tingkat bawah 2,000kp x RM120/kaki persegi = RM240,000 Harg...

JENIS-JENIS TABLE TOP (PERMUKAAN KITCHEN KABINET)

1. Table Top Tiles Tiles untuk table top memang cukup popular dan banyak dibuat di Selangor dan Malaysia amnya. Kombinasi antara konkrit dan tiles memang cantik, lebih2 lagi kalau guna tiles 2×2. Tak perlu risau akan bucu yang tajam di setiap sudut sebab kami akan kemaskan menggunakan mesin supaya bucu tumpul dan tak mencederakan anda kelak. Ruang atau gap antara tiles juga harus di beri perhatian dan kami pastikan pemasangannya kemas supaya tak ada la bendasing masuk ke lubang itu meyebabkan table top anda senang kotor. Ramai orang menggunakan tiles sebagai table top keranaya ianya murah, cepat dan punyai banyak pilihan warna. Kami sarankan anda menggunakan tiles yang tebal dan berkualiti supaya ianya tidak mudah pecah dan rosak. Kalau juga yang nipis dan murah memang tak tahan lama dan mudah terkopil. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga ya...

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan) 2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang ki...

Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor

Seperti yang anda semua ketahui, EZTakaful kini melancarkan Program Sehati Sejiwa di mana sumbangan sebanyak RM1,000 tunai akan kami berikan kepada badan kebajikan yang sebaik sahaja mencapai tambahan 1,000 likes di Laman Facebook EZTakaful. Badan kebajikan yang terpilih kali ini adalah Pertubuhan Pendidikan Anak – Anak Yatim Selangor, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pertubuhan ini. Sejarah Penubuhan Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor atas rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim. Dan atas jasa Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris dan isteri Y.Bhg Datin Salmah Suleiman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan sebidang tanah di Mukim Hulu Kelang seluas 4.8 ekar dan Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris juga telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan ini untuk memastikan kejayaan projek ini. Pada peringkat aw...