Skip to main content

Basic Cara Membina Rumah Sendiri Yang Anda Perlu Tahu


Dalam artikel ini, kami akan bahagikan kepada 6 bahagian. Setiap bahagian akan menceritakan detail proses yang terlibat. Di harap pengkongsian ini bermanfaat dan dapat bantu ramai orang seterunya memudahkan urusan anda untuk membina rumah idaman. 🙂 *Artikel ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Bahagian 1: 5 Langkah Mudah Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Yang Perlu Anda Tahu

Bahagian 2: Apa Perkara Penting Saya Perlu Tahu Untuk Bina Rumah

Bahagian 3: Kos Untuk Bina Rumah Sendiri

Bahagian 4: Contoh Specifikasi Standard Bina Rumah

Bahagian 5: 7 Tips Dan Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tanpa Kontraktor

Bahagian 6: Bonus Bonus Bonus – Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bahagian 1: 5 LANGKAH MUDAH CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
1. Sediakan pelan rumah berupa pelan lantai, 3D dan detail lengkap untuk dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memohon kelulusan bina rumah. Ada ramai pelukis pelan bertauliah yang ada menyediakan pelan rumah. Di sinilah apa sahaja design yang anda inginkan boleh di bincangkan dengan pelukis pelan untuk di masukkan dalam drawing.

2. Memohon kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Untuk permohonan ini pastikan anda dah siap sedia dengan pelan rumah yang lengkap seperti Langkah 1 tadi.

3. Seterusnya, punyai pembiayaan yang cukup. Pastikan juga anda sediakan 10 – 20% extra kerana pada kebiasaannya kos akan meningkat sebab pelan rumah dah berubah. Tetapi jika anda yang jenis tetap pendirian, maka tiada perubahan harga sebab tiada perubahan design 🙂

Ada 3 jenis pembiayaan perumahan yang cukup popular di Malaysia.
a. Cash (Duit pencen atau memang banyak duit)
b. Pinjaman bank swasta
c. Pinjaman perumahan kerajaan

4. Bina Rumah
Pilih kontraktor yang berpengalaman dan punyai record kerja yang bagus. Seeloknya buat lawatan tapak ke contoh kerja mereka dan tahu latar belakang mereka. Fokus kepada hasil kerja mereka untuk hasil yang terbaik.

5. Mendapat kelulusan Certificate of Fitness (CF).
CF dikeluarkan oleh Akitek dengan pengesahan selamat oleh semua pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah. Engineer, pihak utility, dan BOMBA pun terlibat tau. Tujuan CF ini untuk memastikan rumah anda selamat untuk di diami dan bonus apabila rumah ada CF ianya mudah untuk di jual pada masa akan datang. Itu pun jika perlu.

Tuan Tanah: Hm..

Tuan Tanah: Panjang juga proses ini. .

Tuan Tanah: Ada yang lebih mudah tak Tuan?

MKK Renovation: Ya!

MKK Renovation: Kontraktor yang handal biasanya akan siapkan semua proses di atas. Ini namanya One Stop Centre Contraktor. Mereka akan bantu anda untuk sediakan pelan, memohon kelulusan PBT, bina rumah sampai siap dan dapat kelulusan CF. Cuma di bahagian 3 sahaja anda kena buat sendiri. Kalau cash boleh proceed dengan bina rumah, tapi kalau pinjaman hanya panduan diberikan.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan) 2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang ki...

JENIS-JENIS TABLE TOP (PERMUKAAN KITCHEN KABINET)

1. Table Top Tiles Tiles untuk table top memang cukup popular dan banyak dibuat di Selangor dan Malaysia amnya. Kombinasi antara konkrit dan tiles memang cantik, lebih2 lagi kalau guna tiles 2×2. Tak perlu risau akan bucu yang tajam di setiap sudut sebab kami akan kemaskan menggunakan mesin supaya bucu tumpul dan tak mencederakan anda kelak. Ruang atau gap antara tiles juga harus di beri perhatian dan kami pastikan pemasangannya kemas supaya tak ada la bendasing masuk ke lubang itu meyebabkan table top anda senang kotor. Ramai orang menggunakan tiles sebagai table top keranaya ianya murah, cepat dan punyai banyak pilihan warna. Kami sarankan anda menggunakan tiles yang tebal dan berkualiti supaya ianya tidak mudah pecah dan rosak. Kalau juga yang nipis dan murah memang tak tahan lama dan mudah terkopil. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga ya...

BERAPA KOS UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Bagi anda yang tiada ilmu kejuruteraan civil atau seni bina rumah maka kami syorkan anda menggunakan kaedah ini. Pertama sekali, anda mesti mengetahui terlebih dahulu saiz atau keluasan rumah yang akan anda bina, berapa tingkat, 1 tingkat atau 2 tingkat atau 3 tingkat ? Sebaik sahaja anda menetapkan saiz rumah yang akan dibina, kemudian darabkan dengan harga membina sebuah rumah per kaki persegi. Contoh Jika anda membina sebuah rumah bungalow 2 tingkat dengan saiz : Luas Ruang Tingkat Bawah = 2,000 kaki persegi Luas Tingkat Atas = 1,000 kaki persegi Contoh Kadar Harga Barang Termasuk Upah Kontaktor Tingkat Bawah RM 120/kaki persegi Tingkat Atas RM130/kaki persegi Harga kos menyediakan pelan termasuk submition RM1.20 / kaki luas Contoh Pengiraan Ringkas Kos Membina Rumah : Keluasan rumah 2,000 kp + 1,000 kp = 3,000 kp Harga menyediakan pelan 3,000 kp x RM1.20 sekaki luas = RM3,600 Harga membina rumah tingkat bawah 2,000kp x RM120/kaki persegi = RM240,000 Harg...