1. Table Top Tiles
Tiles untuk table top memang cukup popular dan banyak dibuat di Selangor dan Malaysia amnya. Kombinasi antara konkrit dan tiles memang cantik, lebih2 lagi kalau guna tiles 2×2. Tak perlu risau akan bucu yang tajam di setiap sudut sebab kami akan kemaskan menggunakan mesin supaya bucu tumpul dan tak mencederakan anda kelak. Ruang atau gap antara tiles juga harus di beri perhatian dan kami pastikan pemasangannya kemas supaya tak ada la bendasing masuk ke lubang itu meyebabkan table top anda senang kotor.
Ramai orang menggunakan tiles sebagai table top keranaya ianya murah, cepat dan punyai banyak pilihan warna. Kami sarankan anda menggunakan tiles yang tebal dan berkualiti supaya ianya tidak mudah pecah dan rosak. Kalau juga yang nipis dan murah memang tak tahan lama dan mudah terkopil. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga yang ratusan ringgit pun ada
2. Table Top HPL (High Pressure Laminate)
70% kandungan HPL adalah kertas. High Pressure Laminate (HPL) adalah banyak lapisan kertas yang direndam dengan bahan resins dan digabungkan (bonded together) menggunakan kepanasan dan juga tekanan. Sama seperti bahan yang digunakan untuk pembuatan pintu melamine tetapi ketebalan untuk table top ini 2 kali ganda dari melamine. HPL ini sangat kukuh jadi jangan risau akan ketahanannya selain sifatnya yang kalis air dan anti anai-anai.
HPL datang dalam banyak corak dan design. Seperti corak tekstur ira kayu atau batuan dan warna solid berkilat. HPL warna solid berkilat adalah kurang tahan calar berbanding yang bertekstur. Maica, Formica dan Mieco adalah nama-nama brand yang biasanya disebut apabila bercakap tentang HPL.
3. Table Top Solid Surface
Diperbuat daripada salah satu componen acrylic dan polyester atau kombinasi keduanya. Table top jenis ini sangat kalis kotor dan calar yang tinggi. Boleh diperbaharui dan boleh diperbaiki. Calar dan kesan terbakar boleh digosok untuk mendapatkan keadaan asal solid surface. Biasanya joining antara solid surface ini tidak kelihatan. Ia akan nampak smooth dan kemas. Bila join tak nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran atau daki di celahan joining.
Malah, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni, memang pakej yang lengkap!. Datang dalam ratusan warna dan design. Kebanyakannya menyerupai natural stone seperti granite. Kadang kala dipanggil man made marble. Murah berbanding dengan granite tetapi agak tinggi harganya
di pasaran kerana cantik dan kelasakannya.
4. Table Top Marble (Natural Stones)
Table top jenis ini sesuai untuk anda yang ada bajet yang besar. Marble mampu melahirkan mood mewah yang sangat menawan di dapur anda. Harganya pula mengikut warna dan tebal. Semakin tebal dan semakin gelap marble maka semakin mahal harga di pasaran. Terus terang kami katakan, pilih marble yang tebal sahaja kerana kualitinya lebih terjamin sehingga puas anda pakai.
Table top jenis ini tahan calar dan tahan lasak. Cuma marble ini sifatnya resap air. Jadi untuk sedap mata memandang boleh pilih marble, tapi untuk kegunaan yang kerap kami tak sarankan kecuali anda nak lap cepat-cepat air yang tumpah tu.
5. Table Top Quartz
Table top jenis ini juga sesuai untuk anda yang ada bajet yang besar. Material unik ini diperbuat daripada 90% quartz dan 10% acrylic atau epoxy binder. Material solid surface yang lebih baharu daripada solid surface tradisional. Juga dikenali sebagai ‘engineered stone’. Perbezaan ketara antara quartz dan solid surface biasa adalah quartz lebih keras dan lebih cantik dan ‘clear’ serta berkilau yang tidak didapati pada solid surface biasa. Ada ketikanya harga Quartz lebih mahal dari solid surface tradisional.
6. Table Top Aluminium
Antara beberapa kelebihan table top aluminium ialah tahan anai-anai. Ini kerana kabinet ini tidak dibuat menggunakan kayu, ia terhindar daripada masalah anai-anai. Kedua, table top jenis ini kalis air. Material kabinet dapur yang digunakan juga tidak menyerap minyak sekali gus tidak akan meninggalkan kesan kotoran kekal. Ketiga, mudah untuk dicuci dan di bersihkan.
Permukaan kabinet daripada material yang mempunyai tekstur yang licin memudahkannya dibersihkan dengan hanya mengelapkannya. Keempat, tahan air dan tak mudah berkarat. Guna la sampai puas sebab bila dah kusam boleh digosok semula supaya bersinat. Kelima, mudah di bentuk. Di sebabkan sifatnya yang flexiable, jadi anda boleh pilih reka bentuk mengikut cita rasa tersendiri.
terima kasih perkongsian
ReplyDelete