Skip to main content

BERAPA KOS UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI


Bagi anda yang tiada ilmu kejuruteraan civil atau seni bina rumah maka kami syorkan anda menggunakan kaedah ini.

Pertama sekali, anda mesti mengetahui terlebih dahulu saiz atau keluasan rumah yang akan anda bina, berapa tingkat, 1 tingkat atau 2 tingkat atau 3 tingkat ?

Sebaik sahaja anda menetapkan saiz rumah yang akan dibina, kemudian darabkan dengan harga membina sebuah rumah per kaki persegi.

Contoh Jika anda membina sebuah rumah bungalow 2 tingkat dengan saiz :
Luas Ruang Tingkat Bawah = 2,000 kaki persegi
Luas Tingkat Atas = 1,000 kaki persegi
Contoh Kadar Harga Barang Termasuk Upah Kontaktor

Tingkat Bawah RM 120/kaki persegi
Tingkat Atas RM130/kaki persegi
Harga kos menyediakan pelan termasuk submition RM1.20 / kaki luas
Contoh Pengiraan Ringkas Kos Membina Rumah :

Keluasan rumah
2,000 kp + 1,000 kp = 3,000 kp

Harga menyediakan pelan
3,000 kp x RM1.20 sekaki luas = RM3,600

Harga membina rumah tingkat bawah
2,000kp x RM120/kaki persegi = RM240,000

Harga membina rumah tingkat atas
1,000kp x RM130/kaki persegi = RM130,000

Jadi kos membina rumah anda ialah ;

Kos membina rumah : RM240,000 + RM130,000 = RM370,000.00

Kos cukai jualan GST : RM370,000 x 6% GST = RM22,200.00

RM370,000 + RM22,200 = RM 392,200.00 kos bina rumah atas tanah sendiri untuk keluasan 3000 kaki per segi.

Namun demikian ada lagi kos tersembunyi seperti;

Yuran Guaman
Sumbangan PBT bergantung pada tempat
Pendaftaran utiliti (air dan elektrik) deposit
Insuran dan perlindungan

+ Anggaran dalam RM5,000 hingga 10,000 untuk kesemuanya bergantung kepada sesuatu perkara.
Oh ya, pastikan anda dapatkan senarai spesifikasi yang ditawarkan dengan harga tersebut oleh kontraktor seperti jenis bahan yang digunakan, jenis kekuda bumbung samada kayu atau besi, saiz mozek lantai di setiap ruang, jenis batu yang digunakan, jenis pintu, jenis aksesori seperti lampu dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG SAYA PERLU SEDIAKAN UNTUK BINA RUMAH

Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pantai Timur. Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang kebanyakkan kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal yang rumit. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Kalau diikutkan dari segi kos pula; bina rumah atas tanah sendiri ini memang lebih jimat (banyak jimatnya) berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang pembinaan rumah sendiri sehingga habis wang poket ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga melebihi kos yang sebenar. Buktinya lihat berapa banyak rumah yang terbengkalai kerana pengurusan wang yang tak mahir (Selain kontrator yang tak bertanggungjawab buat lari duit). >> Artikel rumah terbengkalai Oleh yang demikian, di harap maklumat di bawah membantu dan mudah difahami. #1 Geran Tanah Atas Nama Anda Geran ama...

Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor

Seperti yang anda semua ketahui, EZTakaful kini melancarkan Program Sehati Sejiwa di mana sumbangan sebanyak RM1,000 tunai akan kami berikan kepada badan kebajikan yang sebaik sahaja mencapai tambahan 1,000 likes di Laman Facebook EZTakaful. Badan kebajikan yang terpilih kali ini adalah Pertubuhan Pendidikan Anak – Anak Yatim Selangor, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pertubuhan ini. Sejarah Penubuhan Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor atas rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim. Dan atas jasa Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris dan isteri Y.Bhg Datin Salmah Suleiman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan sebidang tanah di Mukim Hulu Kelang seluas 4.8 ekar dan Y.Bhg Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris juga telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan ini untuk memastikan kejayaan projek ini. Pada peringkat aw...

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan) 2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang ki...