Skip to main content

7 TIPS DAN CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI TANPA KONTRAKTOR


1. Geran Tanah Rumah Milik Anda
Mula-mula sekali pastikan geran tanah kat mana anda nak bina rumah tu sudah pun ditukar milik kepada nama anda jika tanah tersebut tanah pusaka atau tanah yang anda beli sendiri.

2. Upah Arkitek Yang Kreatif
Upah arkitek yang boleh dipercayai untuk merekabentuk rumah idaman anda. Pastikan berlaku komunikasi 2 hala yang baik antara anda dan pihak arkitek. Jelaskan kepada arkitek secara terperinci apa yang anda mahukan untuk rumah idaman anda itu nanti.

Antara perkara biasa yang perlu diperhatikan ialah :-

Jumlah bilik dan tandas, kedudukan setiap ruang contohnya kat mana master bedroom, kat mana nak letak dapur, kat mana nak letak ruang tamu 1, ruang tamu 2 dan juga keluasan setiap ruang juga perlu diambil kira.

Jenis atap yang anda inginkan. Minta arkitek cadangkan beberapa jenis atap yang ada di pasaran. Pastikan juga arkitek merekabentuk atap yang cantik, mengikut trend perumahan masa kini dan paling utama dapat menghalang air hujan dan panas matahari. Jangan sampai cantik sahaja tapi tak berfungsi dengan baik!

Jenis frame tingkap dan material tingkap. Ada banyak jenis dari yang murah hinggalah ke mahal. Juga jenis tingkap samada tingkap labuh atau saiz biasa. Untuk trend semasa, ramai yang menggunakan tingkap jenis labuh.

Susun atur dalam tandas. Kat mana letak sinki, kat mana shower head dan kat mana mangkuk tandas.

Elektrikal dan wiring juga perlu di bincangkan seperti jumlah point untuk lampu, kipas, suis dan soket.

Biasanya pihak arkitek akan menyediakan beberapa jenis lukisan seperti lukisan arkitek, lukisan struktur (besi), lukisan elektrikal (lampu, kipas dll) dan mekanikal (paip air bersih, paip najis dll).

3. Harga Upah Tukang Yang Rasional Dan Tidak Terlalu Mahal
Jika boleh, lakukan sedikit survey bagi mengetahui harga upah tukang buat rumah. Harga upah membina rumah setingkat dan dua tingkat adalah berbeza. Bergantung kepada tukang berapa upah yang diminta.

Oh ya! Pilih tukang yang ada testimoni kerja yang bagus dan harga yang rasional. Sebaiknya pergi buat lawatan ke rumah yang mereka dah siapkan dan kaji latar belakang mereka. Utamakan tukang yang berkualiti dan senang untuk berbicara.

INGAT! Tukang inilah yang akan menentukan kemasan rumah anda baik atau tidak dan siap atau sebaliknya. Silap pilih tukang akan menyebabkan duit habis dan masa banyak terbuang. Elakkan masalah di masa hadapan, pilih tukang yang betol.

Untuk pengetahuan anda, dalam membuat sebiji rumah korang kena bekerja dengan lebih dari sorang tukang.

Tukang buat rumah biasanya hanya melakukan kerja-kerja pembinaan, mengikat bata dan plaster dinding. Kerja-kerja lain seperti

Kerja perpaipan,
Kerja wiring untuk lampu, suis, soket,
Kerja mozek,
Kerja memasang atap,
Kerja plaster ceiling
Kerja mengecat dan
Kerja menanam rumput dan juga
Kerja memasang grill memerlukan tukang mahir yang lain.

4. Perjanjian Antara Pemilik Dan Tukang Rumah
Buat satu perjanjian bertulis dengan tukang rumah yang dilantik. Perjanjian yang sah dari segi undang-undang hendaklah dimatikan dengan setem hasil yang anda boleh beli kat LHDN.

Di dalam surat perjanjian tersebut, jangan lupa nyatakan berapa kadar upah yang telah dipersetujui beserta jumlah keluasan yang akan dibina. Nyatakan juga kos-kos lain yang mungkin akan terlibat sepanjang pembinaan seperti kos menyewa crane, kos menyewa lori, kos menyewa mixer, kos paku dan peralatan kecil yang diminta oleh tukang.

Sekiranya kos terbabit ditanggung oleh pemilik, maka tulis lah didalam perjanjian itu yang kos-kos sebegitu adalah atas tanggungan pemilik. Jika ditanggung oleh tukang, maka nyatakan ia ditanggung oleh tukang. Jangan hanya membuat perjanjian mulut. Perjanjian mulut biasanya nanti pasti akan menimbulkan masalah.

5. Sediakan Buku Catatan Perbelanjaan
Walaupun rumah yang dibina adalah rumah anda dan anda jugalah kontraktornya, sebaiknya catatkan segala perbelanjaan yang terlibat. Seeloknya, sediakan 2 buah buku.

Buku pertama untuk catitan perbelanjaan membina rumah seawal kos menyediakan pelan, kos bayaran kepada majlis, kos bayaran kepada TNB untuk penyambungan api.

Buku kedua adalah catitan bayaran kepada tukang-tukang rumah yang terlibat.

Untuk pengetahuan anda, dalam membuat sebiji rumah korang kena bekerja dengan lebih dari sorang tukang.

Tukang buat rumah biasanya hanya melakukan kerja-kerja pembinaan, mengikat bata dan plaster dinding. Kerja-kerja lain seperti kerja perpaipan (kena masuk sekali dengan dengan pembinaan), kerja wiring untuk lampu, suis, soket dll, kerja mozek, kerja memasang atap, kerja mengecat dan kerja menanam rumput dan juga kerja memasang grill memerlukan tukang mahir yang lain.

6. Membayar Upah Mengikut Progress Kerja
Seringkali terjadi tukang rumah lari, kerja tak siap, upah dah dibayar habis. Bila dah terjadi macam ni apa lagi yang boleh kita buat melainkan menyesal tak sudah. So elakkan perkara sebegini terjadi kepada anda.

Ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku kat kawan kita , yang berlaku kat jiran kita mahupun yang berlaku kat keluarga kita.

Jadi di awal-awal perjanjian pastikan anda bagitahu tukang yang anda akan menahan wang mereka sekurang-kurangnya sebanyak 5%. 5% ini adalah jaminan kerja dilaksanakan sehingga siap.

Setelah itu pastikan anda membayar tukang pada hari yang sama setiap minggu. Buat penilaian sendiri berapa peratus kerja yang sudah disiapkan. Dari situ anda perlu membuat kira-kira agak-agak berapa jumlah yang boleh dibayar pada minggu tersebut. Biasanya tukang pasti akan meminta bayaran melebihi kerja yang sudah disiapkan untuk di bawa ke hadapan untuk beli barang dan upah pekerja. Ini anda kena bijak dan berbudi bicara jangan sampai melebihi melampau dan menyebabkan kerja tak siap nanti!

Jangan lupa meminta tukang menurunkan tandatangan setiap kali pembayaran dibuat. Catit berapa upah yang kita bayar, kemudian minta tukang cek dan jika betul amaunnya barulah sign. Kalau boleh update kat tukang berapa lagi baki duit dorang yang ada pada korang.

7. Order Bahan Binaan Secara Bijak
Bahan binaan biasanya akan sampai lambat jika order time raya cina. Kebanyakan supplier adalah orang cina. Jadi, mereka biasanya akan cuti lama dalam 2 minggu. Cek status kerja ditapak bina rumah anda, apa bahan binaan yang diperlukan segera dan order cepat sebelum raya cina.

Untuk atap dan mozek, anda boleh ja order awal. Sebab pembekal biasanya tak akan hantar bahan bahan tu kalau tak perlu lagi. Jadi lebih baik order awal, kalau tak progress kerja boleh terbantut sebab kalau tak ada atap, tukang tak boleh teruskan pada kerja-kerja plaster dinding. Atap adalah elemen yang sangat penting dalam membina rumah. Banyak kerja yang akan terbengkalai kalau atap masih belum siap.

Bahan binaan seperti pasir, batu bata dan simen bukanlah bahan yang perlu diorder terlalu awal. Sebab bahan-bahan ini banyak ja dijual dan mudah didapati. Kalau harini habis, esok dah boleh dapat. Jadi benda asas ini, boleh order ikut keperluan kerja.

Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan) 2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang ki

JENIS-JENIS TABLE TOP (PERMUKAAN KITCHEN KABINET)

1. Table Top Tiles Tiles untuk table top memang cukup popular dan banyak dibuat di Selangor dan Malaysia amnya. Kombinasi antara konkrit dan tiles memang cantik, lebih2 lagi kalau guna tiles 2×2. Tak perlu risau akan bucu yang tajam di setiap sudut sebab kami akan kemaskan menggunakan mesin supaya bucu tumpul dan tak mencederakan anda kelak. Ruang atau gap antara tiles juga harus di beri perhatian dan kami pastikan pemasangannya kemas supaya tak ada la bendasing masuk ke lubang itu meyebabkan table top anda senang kotor. Ramai orang menggunakan tiles sebagai table top keranaya ianya murah, cepat dan punyai banyak pilihan warna. Kami sarankan anda menggunakan tiles yang tebal dan berkualiti supaya ianya tidak mudah pecah dan rosak. Kalau juga yang nipis dan murah memang tak tahan lama dan mudah terkopil. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga ya

APA YANG SAYA PERLU SEDIAKAN UNTUK BINA RUMAH

Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pantai Timur. Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang kebanyakkan kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal yang rumit. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Kalau diikutkan dari segi kos pula; bina rumah atas tanah sendiri ini memang lebih jimat (banyak jimatnya) berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang pembinaan rumah sendiri sehingga habis wang poket ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga melebihi kos yang sebenar. Buktinya lihat berapa banyak rumah yang terbengkalai kerana pengurusan wang yang tak mahir (Selain kontrator yang tak bertanggungjawab buat lari duit). >> Artikel rumah terbengkalai Oleh yang demikian, di harap maklumat di bawah membantu dan mudah difahami. #1 Geran Tanah Atas Nama Anda Geran ama